Bila kami guna istilah “smooth lines” (tali yang lancar), apa yang kami maksudkan sebenarnya adalah kebolehan tali tersebut memberi balingan dengan jarak yang lebih jauh. Jarak memang penting apabila kami memancing. Pernahkah anda berada didalam situasi sebegini dimana ikan naik ke permukaan air tetapi jarak di antara anda dan ikan tersebut sedikit jauh dan gewang anda tidak sampai ke tempat ikan itu muncul.
Syarikat-syarikat hyang bereputasi tinggi selalu mencari cara untuk menolong para pemancing membaling dengan lebih jauh. Banyak juga yang dibelanjakan untuk membuat penyelidikan untuk mengeluarkan tali yang lebih kuat dan lancar. Se suatu benda yang berteknologi baru, yang digunakan pada tali SpiderWire® Stealth® Smooth ini adalah salutan microcrystalline polymer yang memberi perlindungan dan kelancaran yang lebih baik.
Tali braided SpiderWire® Stealth® Smooth datang dengan lapan carriers. Ini bermakna untuk membuat satu tali, 8 tali halus fiber PE yang berkualiti tinggi digunakan. Ini memberikan tali SpiderWire® Stealth® Smooth satu profil yang lebih bulat dan menjadikan tali ini lebih lancar.